In English Language
Usage: What's the best dish for lunch if it is not tilapia penyet? Tilapia penyet is the epitome of the perfect ally to fulfill the growling stomach. With tilapia penyet glistening golden appearance and spicy sambal sauce, it single-handedly steals the hearts of all who tasted it at first bite. Thanks to the prowess of tilapia penyet's inventor, the succulent tilapia's flesh, paired with the bold flavor of the sambal, spellbound the customers deeply. Get ready to get lost in the heat and tanginess explosion that will make your guests eager for each plate of tilapia penyet—serve your guests the delectable tilapia penyet whether as a main course at a wedding, birthday party, farewell party, potluck party, and more.
Certification(s) & Mentionings:
Packaging: Depending on the occasion, take-away packaging for tilapia penyet usually employs disposable containers—paper lunch boxes or PP lunch boxes—or microwavable food containers. The sambal sauce and soups will be packed separately in small plastic or round plastic bowl container to avoid leakage of gravies during delivery service. Only the rice, tilapia penyet, and side dishes will be packed in the paper lunch box, PP lunch box, or rectangle plastic microwavable container in different sizes to accommodate the colossal portion of tilapia penyet. Furthermore, the packaging has tight-fitting lids to prevent unwanted contamination and improve the leak-proof design to maximize the consumers' tilapia penyet dining experience. Besides, the solid shape of tilapia penyet's packaging, with each edge holding its form, is suitable for stackable delivery. That way, the tilapia penyet will remain intact until they arrive at their destination. On the other hand, if you request an on-site catering service, your tilapia penyet will be served buffet style, freshly prepared from the kitchen. Quote your budget for the catering or take-away service with Jingga Corner to negotiate the minimum order for tilapia penyet—calculated per pax or package-based.
Delivery Information: Since tilapia penyet is a perishable item that will not retain its freshness for longer, Jingga Corner—situated in the middle of the Federal Territory of Kuala Lumpur—only offers its food service around Kuala Lumpur and Selangor. Upon request, the runner or delivery man will carefully transport the tilapia penyet while they are still warm on the event day. Alternatively, the tilapia penyet will be placed inside insulating containers to help maintain the desired food temperature for an extended period.
Tilapia penyet (interchangeably spelled as talapia penyet) is a renowned dish root in East Java, a province in Indonesia. Although the dish came from the Indonesia diaspora, its popularity spread to neighboring countries and worldwide due to its diverse flavor—a perfect pair of crispy and tender fried tilapia penyet fish with enticing spicy sambal sauce, fresh vegetables, and steamed rice. The dish's star, tilapia, is traditionally served in the "penyet" style. The term "penyet" is an Indonesian or Malay language—as both languages stemmed from the Austronesian language—that refers to the traditional Indonesian method of pounding or flattening the fish. The charm of tilapia penyet lies in flattening the tilapia fish to create a more enjoyable eating experience as the bones break down. Before the Indonesian tilapia undergoes the penyet form, the fish is deep-fried for a crispy and golden exterior but with tender flesh inside, seasoned with aromatic herbs and spices.
However, tilapia penyet alone is not a complete course meal. Eat the tilapia penyet as the local does; accompany your tilapia penyet with no other than the spicy sambal sauce made up of savory ingredients—shallots, chilies, and garlic. The generous serving of sambal adds a fiery kick to perfectly complement the crispy tilapia penyet fish with a depth of flavor. As tilapia penyet embodies the rich culinary traditions of Indonesia, it is a crime not to eat it together with various side dishes and condiments. Be it in Indonesia or Malaysia; tilapia penyet is commonly served with steamed rice, the green elements—cucumbers and lettuce—tempeh, and fried tofu to create a harmonious balance of the well-rounded heavy meal.
Over time, tilapia penyet has been widely available in many restaurants and street food stalls because the locals and food enthusiasts cherish the authentic flavors of Indonesia, creating a memorable meal for their palate that longing for uniqueness. The delectable taste of tilapia penyet goes without saying. As a freshwater fish, tilapia dominates culinary applications as it can be prepared in several methods to bring out its neutral taste of mild sweetness: frying, baking, and grilling. But have you heard of the nutrients that this protein source can provide? Rest assured, if you love eating tilapia penyet but are worried about the adverse effect of the deep-fried oil, tilapia is a good protein provider for a balanced diet rich in omega-3 fatty acids, phosphorus, potassium, and vitamins. Savor the delicacy of tilapia penyet with Jingga Corner, suitable for catering orders—birthday parties, weddings, potluck parties, and more.
Jingga Corner is a food business located in the capital city of Malaysia—Cheras, Kuala Lumpur. The restaurant was established in 2012 along the street in a 'warung'—small local eateries—concept, selling a wide range of provincial dishes. The eatery remains firm amidst its ten years of doing business in the urban city because it always employs fresh ingredients professionally handled by its skillful staff for everyday dishes or even for catering service. Besides, the restaurant provides five-star food at an affordable price, prepared in a clean environment, as it is a mandatory requirement to run an eatery for customer satisfaction and safe consumption. Some meals listed on the restaurant's menu are tilapia penyet, chicken rice, ayam (chicken) penyet, and more.
- Spicy sambal sauce with crispy, golden tilapia
- Serve with rice, soup and vegetables: lettuce, tomato, tempeh, and fried tofu
- Each packaging comes in a big portion
- Freshly cooked upon request
- Employing fresh tilapia
- Offer catering services for birthday, weddings, potluck parties, and more
- Food service for Kuala Lumpur and Selangor only
- JAKIM's Halal-certified
- Malaysia-based
In Malay Language
Kegunaan: Masih tercari cari apakah makanan tengah hari yang sesuai? Apa kata cuba sajian enak tilapia penyet yang dimasak khas menggunakan resipi asli dari Indonesia? Tilapia penyet adalah simbol kesempurnaan yang memberi kekenyangan berpanjangan dengan kepedasan sambal penyetnya. Dengan tekstur tilapia penyet rangup keemasan dan sos sambal pedas, ia mampu membuat orang jatuh cinta pada gigitan pertama tilapia penyet. Berkat kehebatan tilapia penyet yang dipadankan bersama sambal berapi, bersiap-siagalah untuk hanyut dibawa dalam ledakan kepedasan yang akan membuat para tetamu anda tak sabar untuk menambah lagi—hidangkan tilapia penyet yang lazat kepada tetamu anda sama ada sebagai hidangan utama di perkahwinan, hari lahir, jamuan perpisahan, dan lain-lain.
Sijil dan Pengiktirafan:
Pembungkusan: Bergantung kepada sesuatu majlis atau jamuan, nasi tilapia penyet akan dibungkus menggunakan bekas pakai buang—kotak makanan kertas atau bekas makanan PP—atau bekas makanan yang boleh digunakan di dalam gelombang mikro. Sambal dan sup akan dibungkus secara berasingan dalam bekas plastik kecil atau bekas plastik berbentuk bulat untuk mengelakkan kebocoran kuah semasa penghantaran. Hanya nasi, tilapia penyet, dan hidangan sampingan yang akan dibungkus dalam kotak makanan kertas, bekas makanan plastik PP, atau bekas plastik gelombang mikro berbentuk segi empat, disediakan mengikut pelbagai saiz untuk menampung hidangan besar tilapia sambal penyet. Selain itu, paket bungkusan ini mempunyai penutup yang kemas untuk mencegah pencemaran yang tidak diingini dan memperbaiki kebarangkalian kebocoran untuk memastikan tiada kerugian berlaku. Dari segi reka bentuknya, kepejalan pembungkusan tilapia penyet yang didatangi dengan setiap bucu mampu mengekalkan bentuknya, sesuai untuk penghantaran kerana boleh disusun secara bertindih. Dengan cara itu, tilapia penyet tidak akan tumpah sekiranya berlaku hentakan sehinggalah tiba ke destinasi. Bagi pelanggan yang menempah perkhidmatan katering, tilapia penyet anda akan disajikan secara bufet, disediakan segar dari dapur. Nyatakan anggaran bajet anda untuk perkhidmatan katering atau bungkus dengan Jingga Corner untuk berunding mengenai pesanan minimum tilapia penyet ini—dikira mengikut bilangan orang atau pakej yang ditawarkan.
Maklumat Penghantaran: Secara semula jadinya, lauk pauk dan makanan yang dimasak dari sumber segar seperti tilapia penyet akan mudah rosak sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ketika proses penghantaran. Bagi mengekalkan kesegaran tilapia penyet dalam jangka masa yang lama, Jingga Corner—beroperasi di tengah-tengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur—hanya menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan ke sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sejurus menerima pesanan daripada pelanggan, tilapia penyet akan disediakan panas dan terus dihantar ke destinasi menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan. Sebagai alternatif, tilapia penyet akan diletakkan di dalam bekas pengekalan haba untuk membantu mengekalkan suhu makanan yang diinginkan serta disusun dengan baik untuk mengurangkan risiko makanan tertumpah.
Tilapia penyet (kadang-kala dieja sebagai talapia penyet) adalah hidangan terkenal yang berasal dari Jawa Timur, sebuah wilayah di Indonesia. Walaupun hidangan ini berasal dari komuniti Indonesia, popularitinya berkembang sehingga ke negara-negara jiran dan seluruh dunia kerana cita rasa setiap individu yang pelbagai—tekstur ikan tilapia goreng yang rangup di luar dan lembut isinya disajikan bersama dengan sambal pedas yang menggiurkan, sayur-sayuran segar, dan nasi kukus. Kebiasaannya, ikan talapia goreng yang merupakan elemen utama dalam menu tilapia penyet akan disajikan secara penyet (atau penyek), iaitu meleperkan ikan tersebut. Kaedah "penyet" ini merujuk kepada perbuatan tradisional menumbuk atau meratakan ikan, menurut bahasa Indonesia. Keunikan tilapia penyet terletak pada ikan tilapia yang telah dileperkan untuk memudahkan orang ramai menikmati tilapia penyet setelah tulang-tulangnya lembut dipenyekkan. Mari telusuri proses penghasilan ikan tilapia penyet yang enak dimakan panas: ikan tersebut digoreng dalam minyak penuh bagi menghasilkan kulit yang rangup keemasan dengan isi yang lembut di dalamnya. Kemudian, herba dan rempah-rempah yang wangi akan ditaburkan meliputi ikan tilapia tersebut.
Namun, ikan tilapia penyet semata-mata bukanlah hidangan lengkap. Penduduk tempatan selalunya menikmati set tilapia penyet yang didatangkan dengan sos sambal pedas yang terdiri daripada bahan-bahan sayur—bawang merah, cili, dan bawang putih. Kepedasan sambal penyet yang serasi berpadanan dengan ikan tilapia penyet ini ternyata menyempurnakan lagi keenakan tilapia penyet sehingga menjilat jari. Oleh kerana tilapia penyet mencerminkan tradisi kulinari Indonesia, sama ada di negara asal hidangan ini mahupun di Malaysia, tilapia penyet biasanya disajikan dengan nasi kukus, elemen hijau—timun dan daun salad—tempe, dan tauhu goreng untuk mencipta keseimbangan hidangan yang lengkap dengan pelbagai sumber nutrien.
Seiring peredaran zaman, tilapia penyet boleh dijumpai di serata restoran dan gerai makanan jalanan kerana rata-rata penduduk tempatan menyambut baik kehadiran rasa asli dari Indonesia ini. Kelazatan tilapia penyet tidak perlu diragukan lagi; keunikan resipi sambalnya yang menyengat telah menawan hati ramai. Sebagai ikan air tawar, tilapia amat sesuai dalam aplikasi kulinari yang pelbagai kerana boleh disediakan dalam beberapa teknik masakan: digoreng dan dipanggang. Selain daripada kepelbagaian teknik masakannya, tahukah anda tentang kandungan protein dan nutrien ikan tilapia? Jangan khuatir, jika anda menyukai tilapia penyet tetapi gusar akan mendatangkan kemudaratan sekiranya sering menikmatinya, ketahuilah bahawa sesungguhnya tilapia adalah sumber protein yang baik untuk diet seimbang yang kaya dengan lemak omega-3, fosfor, kalium, dan vitamin. Nikmati kelazatan tilapia penyet yang dihidangi panas oleh Jingga Corner, terdapat dalam servis katering—ulang tahun, perkahwinan, jamuan perpisahan, dan lain-lain.
Jingga Corner ialah sebuah restoran yang diusahakan di tengah ibu kota—Cheras, Kuala Lumpur. Sejak mula bertapak pada tahun 2012, restoran yang berkonsepkan warung ini menjual pelbagai hidangan dan lauk-pauk tempatan yang menjadi lambang setiap negeri. Walaupun telah menjalankan perniagaan selama sepuluh tahun di bandar raya, restoran ini masih teguh berniaga kerana sentiasa memastikan bahan-bahannya disediakan segar serta dimasak secara profesional oleh pekerja terlatih, sama ada untuk hidangan harian mahupun perkhidmatan katering. Selain itu, restoran ini menyediakan makanan setaraf lima bintang pada harga mampu milik yang disediakan dalam persekitaran yang bersih bagi menjamin keselamatan dan kepuasan pelanggan. Antara menu popular di restoran ini adalah tilapia penyet, nasi ayam, ayam penyet, dan banyak lagi.
- Sambal pedas menyengat dipadankan dengan tilapia goreng rangup
- Disajikan bersama nasi, sup kosong dan sayuran: daun salad, tomato, tempe, dan tauhu goreng
- Hidangan besar yang mengenyangkan
- Dimasak sejurus menerima pesanan
- Menggunakan ikan tilapia segar
- Menyediakan servis katering untuk pelbagai jamuan dan majlis: ulang tahun, perkahwinan, jamuan perpisahan, dan banyak lagi
- Perkhidmatan makanan dihantar ke sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja
- Mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM
- Bertapak di Malaysia
© 2007 - 2024 DagangHalal.com. All Rights Reserved. Developed and maintained by DagangAsia Network Holding Sdn. Bhd. (1344481-V)
This website is best viewed using Internet Explorer 11 or above, Mozilla Firefox and Chrome.